Monday 2 May 2011

Tips: Elakkan Kelihatan Lebih Tua Dari Usia

Weyhhh..

Jap jap jap arrr.. Ekceli entry ni khas untuk mereka yang bergelar wanita sahaja yerp.. Lelaki pon boleh je kalau nak tumpang baca.. Sebab ni tips khas untuk kaum wanita.. Kalau lelaki baca, leh gak kongsi tips ni ngan kakak ke, mak ke, gepren ke, nenek ke, kengkawan pompuan ke, adik gegurl ke ye dok???

Haaa.. Masalah yang sering aku hadapi mahu pun kawan-kawan aku serta para wanita lain adalah kadang-kadang tu penampilan wajah kita tak selari dengan usia kita.. Contohnya, si Senah ni umur dia baru je 20 tapi orang tengok dah macam 25, 26 cam tu laa.. Senang cite nampak lebih matang or matured laa.. Dia pun kadang-kadang mestilah rasa tak best kan.. Macam kita juga lah.. Hang pa rasa seronok ka pi pasar malam tapi brother-brother dok panggil hang akak.. Tu naseb bek lagi, kalau macam aku punya kawan siap kene panggil makcik.. Kuajaq tak kuajaq kan kan kan.. Fuhh! Tensi betol..

So, selain daripada penampilan berpakaian, wajah kita juga memainkan peranan yang banyak juga dalam mempamerkan usia seseorang itu.. Dari cara seorang tu mengenakan solekan pun boleh nampak lebih tua dari usia sebenar.. Thats why la kalau ada perempuan yang terover dress up and make up waktu ade event or dinner orang akan cakap macam mak datin.. Haaaa.. So, first of all aku nak bawak hang pa semua tengok tips yang aku boleh share bersama lah..

#1 Mainan Solekan Mata

Kalau hang pa nak tahu, solekan mata juga mampu menampakkan seseorang tu lebih tua dari usia sebenar.. Bapak aku pun setuju.. Kadang-kadang bapak aku bukan suka aku dok pakai eyeliner.. Sebab dia cakap nampak lebih tua dari usia.. Agak-agak korang la kan, berapa umur aku?? Hehehehe..


Okey, sekarang let see picture above.. Atas ni memang muka aku.. Napa?? Ada masalah?? Ce tengok perbezaan gambar 1 dan 2.. Gambar 1 aku tak tekankan sangat solekan mata.. Cuma eyeliner atas mata nipis je.. Tu pun tak nampak sangat.. Gambar 2 pula dengan eyeliner yang sedikit tebal dan juga di bawah mata.. Malah aku juga memakai fake eyelashes.. Nampak tak gambar ke 2 tu kelihatan lebih matang berbanding gambar 1??? So, pepandai la korang nilai.. hehehe..

#2 Warna Lipstick

Haaa.. Warna lipstick pun memainkan peranan tau.. Semakin terang lipstik yang korang pakai, nampak la muka korang ni lebih matured.. Kalau natural colour tu nampak la fresh dan sederhana saja.. Tapi bergantung pada warna kulit juga la. Kalau aku tunjuk gambar aku, kulit aku putih laa.. Hakhakhak..


Abaikan mimik muka wanita jahat pada Gambar 2 itu.. Sekarang tengok warna lipstick sahaja okey.. Haa.. Dah macam pompuan jahat je gambar nombor 2 tu kan.. Haisshh.. Bila lipstick tu warna terang, menampakkan kita jauh lebih matang dari usia berbanding dengan memakai natural colour of lipstick..

#3 Tak Payah Make Up

Haaa.. Ni lagi bagus.. Lagi korang dok tenyeh make up bebanyak kat muka, better tak payah.. Biar nampak natural je.. Mostly lelaki pun suka perempuan yang tak over make up.. Ye dok?? keh3.. Boleh je kalau nak make up tu tapi biasa-biasa je laa.. At least kasi nampak comel la gak kan.. Takde lah muka nampak berminyak dan bertompok.. Eh.. Heeee..


Sebenarnya, solekan menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia tau.. Ce takyah make up.. Kan sejuk je tengok.. hehehe.. Nampak tak perbezaan gambar kat atas.. Mungkin la nampak pucat je kan kalau tak mekap tapi aku rasa tak la nampak semak sangat kalau nak dibandingkan dengan Gambar 2 tu.. PALSU semata-mata.. huhu..

#4 Penggayaan Rambut

Cara korang gayakan rambut pun memainkan peranan gak.. Tengok stail juga la.. Bagi aku kalau korang curly kan rambut khasnya yang curly halus tu memang menyebabkan korang nampak lebih berusia.. Macam nyonya-nyonya hang pa tau dok??


Errmmm.. Ekceli aku buntu nak guna gambar apa, tapi abaikan muka Gambar 1 tu okey.. Aku bagi contoh je.. Tapi dah macam sakai je aku tengok muka aku tuh.. huh!!! Seeloknya rapikan rambut laa.. Jangan biar mengerbang.. Kalau nak nampak comel dan nampak muda, seelokknya ikat rambut korang tu secara pony tail.. Alaa. yang macam ekor kuda tu.. Macam Gambar 2 tu.. Tapi tak nampak pula rambut ekor kuda tu sebab kat belakang.. Ni untuk mereka yang free hair laa.. Yang bertudung tu not sure pula..

#5 Mimik Muka Semasa Bergambar

Ermmm.. point ni aku rasa penting gak la.. Sebab korang kan suka tayang gambar kat fesbuk la, belog la, twitter la itu la ini laa.. Haaa.. Pe kata korang ubah cara dari dok cover cun je tu kepada selamba badak.. Haaa.. Takyah sangat la nak cover-cover cun tu.. Kaannnn...


Aku rasa macam nak lempang muka sendiri je bila tengok Gambar 1.. *PANG*.. ok lega.. hak3.. Gambar 1 boleh dikatakan macam tak matang laa atau pun ala-ala terencat gitewww.. Kalau Gambar 2 tu pula nampak macam datin ye dok?? Haaa.. nampak lebih berusia daripada umur sebenar kita.. So, pepandai la korang yer.. Aku bagi pendapat je..

#6 Bentuk Badan

Haaa.. Ni la yang paling sensitif untuk semua wanita di muka bumi ni.. Pantang weyhh kalau orang dok tegur pasal badan.. Aku ni pedih je duk tahan telinga asyik kene kutuk.. huhuhu.. Nak wat lagu mana lagi.. Dah aku gemuk.. Kena bahan je laa.. huhu..


Percaya tak Gambar 1 tu aku??? Tolong arh percaya.. Nak cantik punya pasal, aku berusaha jadi macam Gambar 2.. ^___^  Haa.. Kalau gemuk, memang kadang-kadang tu kita akan nampak lebih berusia dan akan menyebabkan orang panggil kita makcik-makcik.. Homaigoddd... Tensi woo.. Sekarang ni memang aku nak turunkan berat lagi la weyhh.. Sebab aku masih menyimpan babat-babat di tempat yang tak menyenangkan.. Susah nak bergaya.. Kah3.. Eh.. Tapi betol la apa aku cakap ni.. So, kalau korang nye berat tu agak berat, ringan-ringankan lah yer.. Jom bersama menurunkan berat badan agar kelihatan sihat dan lebih muda.. (-_-")

Selesai sudah 6 Tips untuk korang elakkan diri daripada kelihatan lebih berusia dari yang sepatutnya.. So, renung-renungkan la ya.. Kalau korang tak kisah tak apa laa.. Tapi aku kisah.. So, aku kongsi benda ni dengan orang yang sama-sama kisah macam aku.. Hehe.. Dah la.. Nak tidur..



kBAI (:

Sunday 1 May 2011

Aku pun Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa Entry Ni.. Hang Pa Baca je lah!

Weyhhh!

Jangan tangguh datang ke sini,
Busy sungguh aku minggu ni...

Teheee... Jadah ape aku buat pantun dua kerat ni..?? Janji ada bunyi kira ok la kan.. Kita kan orang melayu.. Apa salahnye selit-selitkan pantun, syair, gurindam dan seloka dalam belog kan kan kan.. Ce angguk tanda setuju sikit.. Kalau dok senyum je belom tahu setuju ke idok zaman sekarang ni.. Ini tidak... Yang dok selit kat belog asyik-asyik hello, what's up, OMG, fu*k, dan yang mengannoying kan housemate aku ialah hye korrunnnkkkk dengan nada gedik dan getis.. hahaha.. aku tak tau.. aku main taip je ni.. Maap ler.. Aku kalau da taip takleh nak backspace.. Button tercabut.. :(

Tuan belog tumpang menyelit jap :P

Hahh!!! Mula-mula aku nak say sorry kat korang yang datang kat belog aku ni.. Ye.. Aku ni blogger baru.. So jangan hengat aku ni baru hangpa suma boleh buli aku.. haha.. tak tak tak.. Ekceli sorry ek sebab aku ni memang tak mahu letak shoutbox pon kat belog ni.. Tahu apesal?? sebab nanti korang datang letak jejak kat shoutbox je kan kan.. dengan harapan semoga aku ni pergi kat belog korang balik.. Tak pun supaya orang len yang singgah kat belog aku ni nampak nama korang pastu kelik korang kan kan.. Haaaa... tu aku tak mau.. Hang nak baca entry aku sila baca.. Taknak baca dahhh.. Jangan dok semak.. Kalau hang komen, aku rasa dihargai la sikit.. ye dok?? kihkih *gelak sipu-sipu minta penampor*

Minggu ni aku busy dengan exam.. Ada 5 paper.. Tinggal dua paper je lagi ni dan selepas itu aku akan pulang ke rumah dengan lincah bergaya untuk selamanya.. Mana tak nya.. Berakhirlah episod sandiwara aku selama 3 tahun berada di universiti ini demi segolong segulung ijazah.. 9 May ni aku terus praktikal kat Jabatan Ketua Menteri Melaka.. Haissshhh.. Acane la nasib aku kat sana nanti yerp.. hmmmmmmm.. Doakan aku yerpp :)

Dengan tensi-mensi (tension) exam dan nak setelkan penjilidan buku projek sarjana muda ni, sempat lagi aku dera housemate aku pi jolok pokok.. haha.. Nampak mekar betul mangga-mangga kat sebelah ni.. Pe lagi... Jolok jolok gededuk gedebuk jatuh.. hahaha.. sedap weeyhhhh.. tapi masammmm.. Aiyarrkkk.. Cicah gula+kicap masyuk gak ahhh.. Kalau lah aku tengah pereknen, kompom habis satu pokok mangga aku bedal.. Jangan kecur lidah pulak kalau yang pereknen tu baca apa yang aku taip ni.. kihkih.. Padan muka hang.. :P

Member aku ni Mira namanya.. Berat weyhh galah tuh.. Tu aku dok amek gambar je.. :P

Ce tengok buah tuuuu.. ^__^

Dah macam nak meniaga pulak..

Ambik ah sebijik.. Banyak sangat pulak dah..

Aku sedey ahh.. Ermmm.. tinggal seminggu je lagi nak bersama kengkawan yang gila dan bengong sentiasa ni.. Tak tahu la kalau dah balik Melaka nanti macam mana jadi dengan aku ni.. Ye laa.. Memang la ada kawan-kawan lain kat Melaka tu, tapi masa tu masing-masing dah tinggal kat rumah family kan.. Tak macam kat universiti.. Duk rumah sewa.. Berjimba sana sini.. Setiap malam Sabtu pi tengok Maharaja Lawak kat Sanip Corner sampai brother sana dok tanya no phone.. Jangan harap la aku nak bagi.. (ko ingat aku ni kaunter tanye-tanye ke)... Hmmm.. pastu lepak mamak tengok bola walaupun aku tak suka MU.. Suka Chelsea tapi asyik kalahh... huh!! Buat malu den jo.. Acane ni??? Aku pasti rindu kat korang ahh..

Ce cari mana aku?? keh3..

Maleh ar nak tacing-tacing.. Hidup mesti rilex ye dok?? Toksah gelabah macam panda.. Teheee.. Dah lahh.. Aku taip terpanjang lak kali ni.. Kang hang pa semua bukan dok baca pon.. Ye dok?? kehkehkeh...


UPDATE: lagi satu aku malas letak shoutbox sebab nanti ade iklan-iklan yang tak memberansangkan otak dan minda aku.. Sekian.. hehehe..


kBAI (: